Friday, January 20, 2017

Apa tu Taman Botani Negara Shah Alam

Taman Botani Shah Alam

Bulan Dec 2016 hari tu kitaorang dah tak tahu nak bawak Nayli pegi jalan-jalan mana bila ada masa lapang. Kesian jugak kat dia sebab dunianya setiap hari adalah rumah. Selain dari pegi main indoor park kat mall dan beli groceries, takde dah aktiviti lain nak buat. So kita pun google la pasal Taman Botani Shah Alam atau pun dulu dikenali dengan nama Taman Bukit Cherakah. Punyalah lama tak pergi sampaikan nama dah bertukar pun kitaorang tak tahu...heeeeee

Tujuan utama nak pegi sebab nak masuk rumah Salji aje since cuaca haritu pun panas sangat kan. Entrance atau pintu masuk Taman Botani ni dah berwajah baru, bila ditukar pun tak tahu sebab dulu masa kami pegi taklah secantik macam sekarang. Sekarang ni macam ada siap pintu gerbang dgn landscape yang menarik. Cumanya entrance ni agak jauh dari parking kereta..so kalau bawak orang tua warga emas atau budak kecik, kene lah slow-slow jalan sebab parking tu agak berbukit so kene turun bukit sikit. Macam Nayli dukung separuh jalan, jalan kaki separuh jalan...penat Mama, kata dia.



Tiket yang dikenakan pulak sangat-sangat lah murah, total kami bertiga cuma RM16 aje sebab Nayli bawah 6 tahun so dikira percuma. Terkejut kakak....sebab macam tak caya still ada lagi tiket semurah macam ni. RM16 tu pun merangkumi..RM5 setiap dewasa seorang untuk rumah salji dan RM3 seorang untuk kemasukan biasa.

Sama macam dulu, dari entrance tiket nak ke Taman Botani ni pengunjung kene lah beratur tunggu Bas yang disediakan oleh pihak taman. Beza dulu dengan sekarang ialah bas ni dah moden dan kecik sikit berbanding dulu. Yg bestnya kan..tempat menunggu bas ni dah ada kerusi dan siap ada apa benda tu macam air sembur kat atas tu bagi sejuk ahahaha...nanti kita google eh apa istilah betul dia.

Ada banyak la taman-taman kat sana. Yang kitaorang pegi tu cuma taman padi & rumah iklim empat musim aje sebab cuaca panas sangat masa tu. Nayli bukan boleh panas-panas ni nanti dia cranky. Kalau nak tengok semua taman, rasanya kene stay sana kot sebab banyak sangat taman-taman. Ada jugak tengok orang-orang yang dtg untuk team building & jenis yang suka outdoor aktiviti ni.
Kalau korang nak tau pasal taman-taman lain tu korang boleh la tengok kat website dia eh di http://www.tbnsa.gov.my

Since duit Malaysia sekarang ni jauh teruk kan, so apa kata kita explore je tempat-tempat menarik dalam negara pulak kan ;)
XoXo

Thursday, January 19, 2017

When Nayli is unwell



Nayli dah beberapa hari tak sihat - selsema & demam. Bila demam dah elok, selera makan dia pulak takde. Mujur jugak ada benda kat atas ni jadi macam bantuan la untuk bagi idea. Mula-mula risau juga kalau dia tetap taknak makan tapi alhamdulillah lepas buatkan roti guna acuan bear ni dia suka dan habis la jugak 2 keping dia makan.

Esok(jumaat) boleh la pegi sekolah sebab selsema pun dah kering. Harapnya dia okey lah nanti sebab dah 4 hari tak pergi..risau jugak dia susah nak biasakan diri.

Masa mula-mula nak start sekolah minggu lepas untuk 2 hari pertama tu susah jugak dia nak berenggang, masuk hari ke 3 dan so on dia dah okey. Balik dari sekolah pun dah boleh senyum kalau kita tanya buat apa kat sekolah tu dia boleh la sikit-sikit update.

Alhamdulillah, slowly kan...

XoXo

Wednesday, January 18, 2017

Haluuuuuuuuu





Ada lagi ke orang buat atau tulis blog 2017 ni. Dulu awal-awal tahun 2000 boleh katakan semua orang ada blog masing-masing kan. Termasuk la kakak yang baru je hidupkan blog lama dia yang lama bersawang ni..heeee.

Blog ni jadi kosong sebab semua entries lama tu kita dah jadikan sebagai draft sebab bila baca balik semula kan rasa macam pitam. Aku ke yang tulis semua ni? Ya Allah...10 tahun dulu kenapa semua ayat tu macam skema perempuan bermasalah aje.

Untuk 2017 ni disebabkan anak dah sekolah separuh hari jadinya macam ada masalah sikit. Itu pun rasanya nak update untuk 3 items aje.. Nayli & Progress, recommended malay novel (since kakak ni sekarang pengumpul tegar buku) dan food & traveling gitu.

Harapnya bukan omongan kosong lah yer kan....

XoXo