Friday, January 20, 2017

Apa tu Taman Botani Negara Shah Alam

Taman Botani Shah Alam

Bulan Dec 2016 hari tu kitaorang dah tak tahu nak bawak Nayli pegi jalan-jalan mana bila ada masa lapang. Kesian jugak kat dia sebab dunianya setiap hari adalah rumah. Selain dari pegi main indoor park kat mall dan beli groceries, takde dah aktiviti lain nak buat. So kita pun google la pasal Taman Botani Shah Alam atau pun dulu dikenali dengan nama Taman Bukit Cherakah. Punyalah lama tak pergi sampaikan nama dah bertukar pun kitaorang tak tahu...heeeeee

Tujuan utama nak pegi sebab nak masuk rumah Salji aje since cuaca haritu pun panas sangat kan. Entrance atau pintu masuk Taman Botani ni dah berwajah baru, bila ditukar pun tak tahu sebab dulu masa kami pegi taklah secantik macam sekarang. Sekarang ni macam ada siap pintu gerbang dgn landscape yang menarik. Cumanya entrance ni agak jauh dari parking kereta..so kalau bawak orang tua warga emas atau budak kecik, kene lah slow-slow jalan sebab parking tu agak berbukit so kene turun bukit sikit. Macam Nayli dukung separuh jalan, jalan kaki separuh jalan...penat Mama, kata dia.



Tiket yang dikenakan pulak sangat-sangat lah murah, total kami bertiga cuma RM16 aje sebab Nayli bawah 6 tahun so dikira percuma. Terkejut kakak....sebab macam tak caya still ada lagi tiket semurah macam ni. RM16 tu pun merangkumi..RM5 setiap dewasa seorang untuk rumah salji dan RM3 seorang untuk kemasukan biasa.

Sama macam dulu, dari entrance tiket nak ke Taman Botani ni pengunjung kene lah beratur tunggu Bas yang disediakan oleh pihak taman. Beza dulu dengan sekarang ialah bas ni dah moden dan kecik sikit berbanding dulu. Yg bestnya kan..tempat menunggu bas ni dah ada kerusi dan siap ada apa benda tu macam air sembur kat atas tu bagi sejuk ahahaha...nanti kita google eh apa istilah betul dia.

Ada banyak la taman-taman kat sana. Yang kitaorang pegi tu cuma taman padi & rumah iklim empat musim aje sebab cuaca panas sangat masa tu. Nayli bukan boleh panas-panas ni nanti dia cranky. Kalau nak tengok semua taman, rasanya kene stay sana kot sebab banyak sangat taman-taman. Ada jugak tengok orang-orang yang dtg untuk team building & jenis yang suka outdoor aktiviti ni.
Kalau korang nak tau pasal taman-taman lain tu korang boleh la tengok kat website dia eh di http://www.tbnsa.gov.my

Since duit Malaysia sekarang ni jauh teruk kan, so apa kata kita explore je tempat-tempat menarik dalam negara pulak kan ;)
XoXo